Kenyataan Mengenai Huawei Health dan Privasi

Kemas kini terakhir: 1 Oktober, 2019

Huawei Health menyediakan berbagai ciri penjejakan senaman dan kesihatan, selain daripada perkhidmatan latihan profesional dan kesihatan. Apl ini perlu disambungkan kepada Internet semasa penggunaan dan memerlukan akses kepada kebenaran atau ciri berikut: Lokasi, Bluetooth, Kamera, Mikrofon, Kenalan, Log panggilan, Telefon dan Storan. Ia juga perlu mengumpul dan memproses maklumat yang berikut:

• Maklumat peranti dan rangkaian, termasuk pengenal pasti peranti, tetapan peranti, tetapan peribadi, alamat IP dan jenis rangkaian anda.

• Maklumat peribadi, termasuk ID HUAWEI anda serta ketinggian dan berat badan anda, yang akan membantu apl ini menyediakan data yang lebih tepat.

• Data senaman, termasuk lokasi peranti, laluan senaman, jenis dan tempoh, cara berlari, kiraan langkah, jarak, kalori, ketinggian yang diperoleh, maks VO2 dan kadar degupan jantung senaman. Data ini akan dikumpul untuk tujuan storan dan paparan.

• Data kesihatan, termasuk tidur, degupan jantung, tekanan dan peratus lemak badan untuk dikumpul dan dipaparkan.

Data kesihatan dan senaman anda mengandungi maklumat peribadi yang sensitif. Cara data ini digunakan – termasuk sama ada data ini akan dimuat naik ke Huawei Health Cloud, tempat data di muat naik, individu yang mengurus data – ditetapkan mengikut lokasi anda, pilihan negara/kawasan anda, atau maklumat log masuk akaun yang anda berikan. Untuk butiran lanjut, pergi ke Saya > Tetapan > Tetapan privasi.

Apl ini hanya akan berfungsi jika anda bersetuju dengan pengumpulan maklumat di atas dan memberikan kebenaran yang diperlukan. Untuk menamatkan pengumpulan dan pemprosesan maklumat di atas, dan membatalkan kebenaran yang telah anda berikan, nyahpasang apl atau pergi ke Saya > Tetapan > Tetapan privasi dan tutup suis untuk maklumat yang anda tidak ingin berkongsi.

Tunjukkanlagi